Lightning varsity student polls?
Is this true? If so, why the shot-gun varsity polls like the shot-gun national general elections, without giving adequate time for preparation of candidates and meaningful campaigning, the hallmarks of free, fair and clean election?
Are the first and most formative election experience of university students in Malaysia to be one teaching them the tricks of the trade for a regulated, unfair and a most dirty election?
An earlier post in the same thread said, among other things:
Pada 27 Julai 2005 yang lalu, satu mesyuarat yang melibatkan pegawai-pegawai Jabatan Hal Ehwal Pelajar dari semua IPTA telah diadakan di PWTC. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Mustapha Mohamed dan Adam Baba. Agenda utama mesyuarat ini adalah untuk membincangkan Strategi Pilihanraya Kampus yang akan diadakan pada September nanti.
Antara yang diputuskan dalam mesyuarat tersebut adalah, Umno melalui sayap Puterinya akan melatih calon-calon mahasiswi yang pro Umno dan Barisan Nasional pada 5 hingga 7 Ogos 2005 yang lepas, yang pada asalnya diputuskan untuk dibuat di A Famosa Resort, Melaka tetapi telah dipindahkan ke Hotel De Palma, Ampang. Sementara itu, untuk calon-calon mahasiswa yang pro Umno dan Barisan Nasional pula, tugas untuk melatih mereka telah diberikan kepada Pemuda Umno Selangor, yang dijadualkan diadakan pada 19 hingga 21 Ogos 2005, bertempat di IBBN, Selangor.
Perkara lain yang turut diputuskan adalah belanjawan untuk memenangkan calon-calon pro Umno dan Barisan Nasional dalam pilihanraya kampus kali ini adalah sebanyak RM 360,000.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus Enam Puluh Ribu). Umno juga telah secara senyap-senyap menubuhkan kelab-kelab Umno di IPTA tempatan yang dikenali sebagai Majlis Umno, antaranya di UIA, UTM, UKM dan UM. Umno Bahagian Puchong telah ditugaskan untuk “menjaga” UPM sementara Umno Bahagian Serdang pula “menjaga” UKM.
Dalam mesyuarat ini juga, fellow-fellow kolej kediaman di IPTA tempatan telah diberi amaran supaya memastikan kemenangan calon-calon pilihanraya kampus yang pro Umno dan Barisan Nasional, jika tidak hayat mereka sebagai fellow akan ditamatkan. Tahun 1 yang diugut supaya mengundi calon-calon yang pro Umno dan Barisan Nasional, jika tidak keistimewaan mereka sebagai penghuni kolej kediaman tidak akan dipanjangkan, dan mereka perlu mencari rumah sewa bila memasuki tahun kedua pengajian…
Mesyuarat juga memberi amaran sekali lagi kepada TNC HEP (khusus kepada TNC UIA), para pengetua dan pegawai kolej kediaman supaya memastikan membantu sepenuhnya calon-calon pro Umno dan Barisan Nasional dalam pilihanraya kampus akan datang, jika tidak mereka akan dipecat. Idea ini dibentangkan sendiri oleh Dr. Muhamad HUssein dari
Kementerian Pendidikan Tinggi bersama Irmohizam seorang setiausaha politik di
Dewan Senat UIA.Pendekatan jahat dari Kementerian ini telah sampai ke pengetahuan President UIA Tan Sri Dato' Seri Sanusi Junid. YB Tan Sri sendiri tidak mahu penipuan berlaku didalam pilihan raya kampus. YB Tan Sri menolak sama sekali usaha-usaha pihak kementerian utk memberi kemenangan mudah kepada calon pro aspirasi. YB Tan Sri mahu, pelajar UIA lebih bersikap neutral dan tidak memihak mana mana parti politik dlm usaha membentuk daya pemikiran yg terbuka. BIarlah pilihanraya kampus berjalan tanpa campurtangan dari pihak Kementerian khusus nya UMNO
Anybody who has information on the above or the forthcoming student campus elections in the public universities, to help ensure that they are more free, fair and clean those of last year ?


<< Home